----------------Pages---------------

Nov 15, 2010

Resepi Kek Pisang, cubala buat !

KEK PISANG MARBLE
31 januari 2011


Dalam tengah-tengah sarat mengandung anak keempat, aku gagahkan juga kudratku untuk mencuba kek pisang marble ini, setelah terliur melihatnya di blog 1001 Cerita 1001 Rasa . Rasa kek ini sangat sedap setelah dimarblekan dengan coklat paste. Cubalah resepi ini sebab bahan-bahannya sangat simple dan mudah untuk membuatnya. Terima kasih kepada tuan resepi yang sudi berkongsi ye...

KEK PISANG MARBLE

· 150g pisang emas - dilecek

· 180g tpg gandum

· 180g gula halus /gula icing

· 3 biji telor

· 120ml minyak masak

· 1 sudu teh ovelate

· 1 sudu teh soda bikabonat

· 1 sudu teh baking powder

· secubit garam


CARA-CARANYA:

1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih

2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit

3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.


*Untuk memdapatkan corak marbel coklat seperti ini, bahagi 2 adunan sama banyak, Satu... campur ngan serbuk koko dlm 3 sudu besar dan 1 sudu besar coklat emulco. Kacau rata. Satu lagi... adunan asal. Sudukan sesenduk2 dalam loyang berselang seli dengan adunan coklat dan yang asal.


Anda juga berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...