----------------Pages---------------

Mar 19, 2011

MUFFIN...

Kami juga menerima tempahan aneka jenis muffin untuk dijadikan sebagai door gift pada majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya. Kepada sesiapa yang berminat.... bolehlah menghubungi kami.


Chocolate chips muffin


Pandan muffin

ANEKA JENIS MUFFIN
Kami juga menerima tempahan muffin untuk dijadikan sebagai door gift mengikut majlis yang diingini. Jika berminat bolehlah menelefon kami.



Mar 14, 2011

CUPCAKES



vanilla cupcakes dengan buttercream



Cupcakes untuk hari guru



Cupcakes untuk hantaran perkahwinan



Chocolate cheese cupcakes

Mar 13, 2011

RESEPI MARBLE CHEESE BROWNIES

MARBLE CHEESE BROWNIES
14 MAC 2011


Sebenarnya dah lama dah buat brownies ni....cuma sekarang ni baru ada peluang untuk update blog ini. Masa tengah ronda-ronda blog kak Rinnchan, ternampak lah resepi ini yang rasanya tak lah begitu rumit untuk membuatnya, apalagi semua bahan-bahannya memang sudah sedia ada dirumah ini. Tunggu apa lagi!....terus kucuba dan hasilnya untuk pertama kali....suksess!!



Rasa brownies ini begitu moist dan sedap sebab... diatasnya ada adunan cheese. Itu yang menjadikan brownies ni sedap sesangat. Memang tak rugi untuk mencubanya. Terima kasih kepada tuan resepi yang suka berkongsi...

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Anda juga berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...