----------------Pages---------------

May 25, 2012

Resepi Pavlova

  Bahan-bahan ( 1 biji pavlova (6 org makan) )

  • 8 biji putih telur
  • 300g gula kastor
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil cuka makan
  • *******untuk topping*******
  • 250g whipping cream
  • 30g gula icing
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • Buah-buahan seperti strawberry,passionfruit,kiwi,blueberry,pineapple dan sebagainya.

Cara-cara

  1. Pastikan mangkuk anda bersih yer.Putar putih telur sampai keluar 'soft peak',tambah gula kastor sedikit demi sedikit dan putar sehingga keluar 'stiff peaks'.pastikan gula betul2 hancur.masukkan esen vanila, cuka dan tepung jagung.kacau semuanya.
  2. Lukiskan bulatan besar pada baking paper dan sudukan adunan ke dalamnya.Panaskan oven 180 degree celcius dan tukarkan ke 120 degree celcius sebaik sahaja ia dimasukkan ke dlm oven.bakar selama 1 jam dan sejukkan 30 minit.
  3. Untuk topping,putar whipping cream sehingga muncul soft peaks.Maniskannya dgn gula dan esen vanila.
  4. sudukan whipping cream keatas pavlova sehingga menutupi atasannya.Hias dengan buah-buahan.
  5. untuk versi bahasa inggeris,lawati blog saya. www.aufa-sweetblog.blogspot.com .kalau free,follow yer.. :) 
[Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/15579]
Pavlova....camna menarik tak.. yang menarik tang strawberry tu... wat orang tengok geram je, kalau pi cameron highland boleh ler buh banyak-banyak strawberry  tu ..emm..sedapppppppp   :)

Sejarah Pavlova:
 
Pavlova is a meringue-based dessert named after the Russian ballet dancer Anna Pavlova. It is a meringue dessert with a crisp crust and soft, light inside. The name is pronounced /pævˈloʊvə/ or /pɑːvˈloʊvə/, unlike the name of the dancer, which was /ˈpɑːvləvə/ or /ˈpævləvə/.
The dessert is believed to have been created in honour of the dancer either during or after one of her tours to Australia and New Zealand in the 1920s. The nationality of its creator has been a source of argument between the two nations for many years, but formal research indicates New Zealand as the source.
The dessert is a popular dish and an important part of the national cuisine of both countries, and with its simple recipe, is frequently served during celebratory and holiday meals.

[Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Pavlova_food]
Testimoni dari costumer tart ini di 'ordel' ...he.he ordel nie adalah sebutan anak Yati yang bernama Maryam Safiah dia selalu tanya "Ibu..hari ni tak da 'ordel' ke"....Tart nie di order oleh kawan Izzah dari UTeM, nama dia cam nama dalam cerita Ombak Rindu Lak..korang tengok tak cerita ni.

May 17, 2012

Resepi Kek Choc. Moist

 

Bahan-bahan ( 21 x 21 cm )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 250 gm buttercup
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • *1 cawan serbuk koko
  • *1/2 cawan gula halus
  • *1 cawan air panas
  • *1/2 cawan susu cair

Cara-cara

  1. Masukan bahan yang bertanda * serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan *susu cair kacau rata dan ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
  3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
  4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
  5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat mencuba. 
Reference
http://www.myresipi.com

May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Kek order by staff Universiti Teknikal Malaysia Melaka...Pn Izah ..TQ...TQ..kek ni beliau order untuk diberikan kepada guru anaknya (di Tadika). Sempena Hari Guru. Hubby ada tanya hari Pensyarah takda ka...emm semua orang nak hari, hari bakers tak da ka penat bakers2 nie wat kek.hu...hu..hu.
Menyebut hari guru ni banyak pengalaman masa-masa belajar dulu. Hubby cerita dia dulu tak minat Math tapi bila naik ke tingkatan 3 (nak amik SRP), ada lah seorang cikgu tu namanya cikgu Ramlee dia bagi tip pasai Math dia kata, Matematik nie kena buat latih tubi sehari paling kurang buat 10 soalan dari soalan past year. Berkat Hubby mengikut kata2 berharga tu, Math menjadi subjek Hubby paling minat. Terima kasih Cikgu Ramlee.....

Happy nurses day


Kek sempena Hari Jururawat yang di sambut baru-baru ni..dekat-dekat lak hari Jururawat, Hari Ibu dan Hari Guru. Kek ni di order oleh Dr pakar di Hospital Melaka...Tengkui Doc...order 3 biji kek choc moist 2kg/per kek.

Sejarah Perkembangan kejururawatan di Malaysia
Perkembangan kejururawatan di Malaysia bermula di era 1900an. Pada tahun 1913 berikutan pembukaan  sekolah Perubatan pertama iaitu pada tahun1905 di Singapura.Pada tahun 1913 nama sekolah tersebut ditukar kepada 'King Edward VII College of Medicine'
Diantara tahun 1940 hingga tahun 1960an perkembangan kejururawatan agak lembab sehinggalah perang dunia ke 2 dan Jepun menduduki Tanah Melayu, banyak wanita yang menjadi jururawat dengan tujuan keselamatan. Tidak ada latihan khusus yang ada pada masa itu.Latihan hanya diberi semasa bertugas dan diselia oleh matron atau sister sahaja.

Sekolah latihan jururawat yang pertama dibuka adalah pada tahun 1946 di Johor Bahru dan pengetuanya adalah Miss Henderson D.N.
Selepas itu banyak sekolah dibuka untuk melatih jururawat. Korikulum kejururawatan telah dikembangkan dan pelatih jururawat perlu menjalani kursus latihan selama 3 tahun 4 bulan.

Bagaimanpun karier kejururawatan di era tahun 1946 hingga 1960an tidak menarik minat ramai kerana dianggap kerja yang berstatus rendah dan juga kerana persekitaran kerja yang tidak kondusif.Majoriti wanita ketika itu adalah surirumahtangga.
Oleh kerana permintaan dan keperluan tenaga jururawat semakin meningkat  pada masa itu, jururawat dihantar ke luar negara bagi mengikuti latihan yang spesifik.

Pada tahun 1950 'Malaysian Nursing Board'(MNA) ditubuhkan dan diberi autonomi untuk menetapkan latihan jururawat  di Malaysia di bawah Rancangan Malaysia ke 6. Semenjak dari itu latihan kejururawatan disusun dan lembaga jururawat bertanggungjawab memantau peperiksaan yang dijalankan dalam latihan kejururawatan.

Pada awal tahun 1970an permintaan terhadap kerjaya kejururawatan adalah tinggi sekoalh latihan tempatan di Malaysia tidak dapat menampung permintaan tersebut. Pada ketika itu ramai jururawat kebanyakan wanita keturunan China dihantar ke luar negara untuk menjalani kursus kejururawatan.
Pada masa itu juga pendidikan di Malaysia semakin berkembangt dan kebanyakan wanita dapat mengikuti pendidikan secara formal dan mula memasuki bidang pekerjaan.Walaubagaimanapun ketika itu peluang kerjaya kaum wanita terhad kepada samada menjadi guru dan jururawat sahaja.Disebabkan itu banyak wanita muda menjadi jururawat walaupun menerima pendapatan yang rendah dan bukanlah kerjaya pilihan mereka.
Kebanyakan jururawat ketika itu adalah wanita.

Pada tahun 1980an ekonomi Malaysia meningkat maju , Malaysia mula mengalami tranformasi dari pertanian kepada negara perindustrian.
Kerajaan mula memberi penekanan yang lebih terhadap pendidikan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja.Ekoran dari itu wanita telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke pendidikan tinggi.Oleh kerana itu bidang kejururawatan tidak lagi menjadi minat kaum wanita disebabkan lebih peluang pekerjaan lain yang ada.Ini juga menyebabkan kekurangan jururawat di Malaysia.

Pada tahun 1990 hingga 2000 pendidikan di Malaysia bertambah maju , pendidikan kejururawatan telah ditawarkan hingga ke peringkat sarjana.
Universiti Malaya merupakan universiti yang pertama  di Malaysia yang menawarkan program kursus sepenuh masa selama 2 tahun kepada jururawat yang mempunyai kursus 'post basic' dan 1 tahun kursus dengan memperolehi sijil dalam ,teaching, atau 'administration' dalam tahun 1993 dengan pengambilan perdana sebanyak 30 orang pelajar.

Universiti Malaysia Sarawak pula merupakan universiti pertama yang menawarkan pra pendaftaran mengikuti kursus sarjana muda pada tahun 1998 dengan pengambilan seramai 17 pelajar.

references:
NBBS 1203 Professionalism and Issue in Nursing B
Open University Malaysia.

May 15, 2012

Choc cheesecake....(chilled)

 Choc cheesecake (chilled)...ada 4 layer tu ....1.base ...2. cream cheese...3. choc mousse...4. ganache. 
TQ Dr Ayu :)

May 13, 2012

Choc Brownies with Almond Flakes

bloomin' brilliant brownies


ingredients

• 250g unsalted butter
• 200g dark Fairtrade chocolate (70% cocoa solids), broken up
• optional: 75g dried sour cherries
• optional: 50g chopped nuts
• 80g cocoa powder, sifted
• 65g plain flour, sifted
• 1 teaspoon baking powder
• 360g caster sugar
• 4 large free-range or organic eggs
• optional: zest of 1 orange
• optional: 250ml crème fraîche
method
This great little recipe is taken from my Little Book Of Big Treats which I've put together exclusively for Comic Relief. All you have to do is bake a few of these and sell them to your friends, family, colleagues or schoolmates and you'll have raised an extra few quid for Comic Relief and their brilliant causes. What could be easier?
Preheat your oven to 180°C/350°F/gas 4. Line a 25cm square baking tin with greaseproof paper. In a large bowl over some simmering water, melt the butter and the chocolate and mix until smooth. Add the cherries and nuts, if you’re using them, and stir together. In a separate bowl, mix together the cocoa powder, flour, baking powder and sugar, then add this to the chocolate, cherry and nut mixture. Stir together well. Beat the eggs and mix in until you have a silky consistency.
Pour your brownie mix into the baking tray, and place in the oven for around 25 minutes. You don’t want to overcook them so, unlike cakes, you don’t want a skewer to come out all clean. The brownies should be slightly springy on the outside but still gooey in the middle. Allow to cool in the tray, then carefully transfer to a large chopping board and cut into chunky squares. These make a fantastic dessert served with a dollop of crème fraîche mixed with some orange zest.

Wedding's cake


2 tier Wedding cake ni dari customer di Taman Medan, Petaling Jaya. Tema colornya ialah oren.

Happy Mother's Day

Brownies nie Yati buat khas untuk ibu yang tersayang "Selamat Hari Ibu" tapi kita panggil "Mak" nak tunggu hari Mak tak da la pulok..he..he..Terima kasih ak melahirkan daku di dunia ini dan membesarkan daku dengan kasih sayang, jasa mu akan ku kenang dunia akhirat semuga Allah memberikan darjat yag tinggi untuk Mak. Terkenang yati masa kecik-kecik dulu bertapa mak menyayangi kami. Bila dah ada anak sekarang ni terasa macam mana kasihnya ibu kepada anak, mengandung 9 bulan sepuluh hari, bersengkan mata bila demam, memberikan susu ibu, dengan kasih sayang. Bila kita menyusukan anak dapat kita lihat kasih sayang di antara ibu dan anak. Tetapi sedih baru baru nie ada seorang ibu yang menyeksa anaknya dalam youtube dan beberapa ibu yang tak bertanggung-jawab membunuh anak mereka yang masih merah baru dilahirkan...Masyaallah mengapa ada ibu-ibu yang berperangai macam haiwan ini.
 Sebab itu kita patut bersyukur mendapat ibu kita yang tidak tergolong berperagai seperti mereka-mereka yang sanggup membunuh darah daging mereka.

Paparan di bawah ini mungkin menyinggung perasaan anda "Don't try this at home"

May 11, 2012

choc cheesecake (chilled), di tempah oleh staf hospital Melaka. Kek ni menggunakan cheese dihiasi dengan strawberry untuk membangkitkan warna romantik..hee..he. Di bawah ni di nukilkan kebaikan strawberry:
1.  Dapat menurun kadar kolesterol. So dah makan cheese cake ni gigit lak buah tu untuk potong balik lemak

2. Strawberry mengandungi asid ellagic yang dapat membantu membantutkan sel kenser....insyaallah

3. Strawberry dapat meredam gejala stroke.

4. Strawberry mengandung zat anti alergi dan anti radang.

5. Konsentrasi tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberry lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain, sehingga strawberry merupakan buah yang efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh (Oksidasi ialah hancurnya jaringan tubuh karena radikal bebas. Oksidasi juga bertanggung jawab pada proses
penuaan).

6. Strawberry yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan anak.

7. Strawberry yang hanya sedikit mengandung gula juga baik untuk diet bagi pengidap diabetes.

8. Strawberry yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti keriput!

9. Strawberry dapat memutihkan atau membersihkan permukaan gigi.

10. Daun strawberry juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent.
Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberry per hari, dapat efektif menghentikan serangan diare.

11. Keperluan vitamin C di kalangan orang dewasa dalam sehari dapat dicukupi oleh 8 buah strawberry (98 mg). Keperluan serat juga sekaligus terpenuhi.

May 10, 2012

Hamas Vs Fatah. aka UMNO Vs PAS

Malam ni tidur lambat sikit sambil-sambil tunggu kek dalam oven untuk order esok, yati adala tengok-tengok blog-blog politik. Mutakhir ini keadaan politik kita di malaysia sangatlah genting. Masing-masing menyalahkan pihak lain keadaan ini jika berterusan akan menjadi seperti gambar di atas. Fatah dan Hamas dua-dua parti adalah islam tetapi kerana berlainan fahaman ideologi masing-masing bergaduh di antara satu sama lain. Risau memikirkan keadaan yang sama mungkin terjadi di Malaysia dimana PAS dan UMNO bergaduh dua entiti melayu dan beragama islam dek kerana ideologi fahaman politik bercakaran di antara satu sama lain. 
Sebuah hadis nabi berkenaan persaudaraan:
Rasulullah saw bersabda :
"Apabila umatku membesar-besarkan dunia maka akan dicabut daripada mereka kehebatan Islam dan apabila mereka meninggalkan amr-bil-ma'aruf dan nahi-'anil-mungkar , mereka akan kehilangan keberkatan wahyu dan apabila mereka caci mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur dari pandangan Allah"

 Cuba lihat dalam hadis tersebut "...apabila mereka caci mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur dari pandangan Allah".  Sebab tu kita tengok mutakhir ini orang islam dipermainkan dihina dan dipandang sepi oleh bangsa lain. Tuisan ini bukanlah rasist tetapi ingin mengajak saudara-saudaraku marilah kita bersatu dan kembalilah kita mengamalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.  Wallahualam....

OO..ibu...

kek yang di tempah oleh customer untuk ibunya,..my hubby bila tengok tulisan "Happy Birthday IBU", dia kata dia sedih.."Sedih abang..pasai umi dah takda". Tak leh nak celebrate hari ibu...hu..hu..hu. Cerita hubby dulu-dulu umi dia garang, tapi bagusnya dia garang dari segi agama contohnya suruh anak-anak bangun sembahyang. Hubby cerita kalau pagi-pagi solat subuh umi dia akan lalu depan bilik pastu umi akan panggil "longgggg... bangun subuh". Biasala budak laki time-time remaja memang liat bangun tidor, soo tarik la selimut lagi masuk dalam lubang selimut kena pulak kalau musim hujan, hujan renyai-renyai lak tu emmm penuh setan gayut kat kelopak mata rasa macam 5kg sebelah mata...."Longg bangun", kali kedua umi panggil suara umi time ni kuat sikit. Mata terbuka sikit tengok bayang umi lalu depan pintu, tapi oleh kerana kesejukkan pagi di campur dengan sautan kodok memanggil hujan mata hubby kembali layu. Tiba...tiba..tiba...agak-agak apa ek...Tapi hubby sayang umi dia dimasa akhir hayat umi, hubby banyak khidmat pada umi dia selalu nasihat yati untuk sama-sama khidmat pada umi. Umi menderita kanser usus sewaktu hayat umi, umi sangat baik melayan yati, sembang dan memberikan tazkirah agama, menceritakan fadhail amal untuk amalan-amalan harian. Rindu kat UMI...semoga Allah menempatkan UMI di kalangan orang-orang yang soleh dan ditempat yang tinggi bersama para solehin. AMIN

Anda juga berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...