----------------Pages---------------

Aug 30, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada pelanggan-pelanggan budiman, terima kasih di atas sokongan anda, kami amat menghargai anda, tanpa anda siapalah kami.

Lama gak Yati tak update blog ni sejak puasa yang bermula pada 21 Julai 2012 yang lepas. Kejapje ek masa berlalu hari ni dah raya ke 13 dan hari ni juga genap negara kita 55 tahun merdeka. Bagi mereka yang melalui Ramadhan dengan amalan yang baik dan bersekempatan bertemu malam lailatul Qadar maka bersyukur pada Allah ke atas nikmat tersebut. Malam lailatul Qadar malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, rata-rata umat Muhammad berumur lebih kurang 63 tahun hingga 75 tahun maka mereka yang mendapat lailatulkadar ini mendapat ganjaran selama (1000/12bulan = 83 tahun 3 bulan), masyaallah beruntung orang tersebut, kalau dapat 3 kali lailatulqadar sepanjang hidup dia pulak cam mana...marilah kita berdoa semuga bertemu lagi kita dengan ramadhan tahun depan insyaallah. Sepanjang Ramadhan yang lepas cuba kita renung dan muhasabah berapa kali ki hkatam Alquran yang mana tuntutan AlQuran adalah 2 kali setahun dan Ramadhan selama 30 hari sepatutnya kita kejar untuk menhabiskan 30 juzuk untuk 30 hari Ramadhan iaitu 1 hari 30 juzuk, satu juzuk lebih kurang 10 helai satu hari 5 waktu solat kita habiskan 2 muka surat yang mengambil masa satu muka surat lebih kurang 2-4 minit so kesimpulanya satu waktu solat kita ambil masa 6 minit untuk 2 helai lembaran Alquran so 5 waktu solat 5 waktu solat x 6 minit = 30 minit untuk 1 juzuk 30 minit / 24 jam x 100%= 2.0833% masa satu hari untuk kita membaca Al Quran Al Karim Kalamullah yang akan menjadi peguam kita di dalam kubur untuk menjawab soalan mungkar nangkir. Renung renungkan dan fikir fikirkan dan sampaikan dan amalkan.
Chocolate Moist - decor dengan fresh cream (pink) dengan strawberry fresh. Thank you Mardiah for ordering kek ni dan selamat menyambut hari jadi yang ke dot..dot..dot.. hee rahsiaaaa.  Kek ni biasanya topping dengan chocolate garnish tapi base on customer request boleh decor mengikut citarasa dan khendak pelanggan yang budiman.

Aug 1, 2012

Chocolate Moist Cake

 Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )

  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • Utk choc ganache:
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara

  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
  8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas. 
 Terima kasih My Resepi: http://www.myresipi.com/top/detail/3924

Brownies Mania

Cheezy!

Brownies mania attack, brownies cheese - chocolate brownies base topping with cheese. Bagi pelanggan luar Melaka Yati boleh courrier dengan Pos Laju (check destination rate at http://www.poslaju.com.my/). Bagi pelanggan dalam kawasan Melaka anda boleh self pickup atau saya boleh tolong hantar (Kawasan Bukit katil dan Ayer Keroh free delivery, kawasan lain bergantung kepada jarak).

Raya cookies (Coconut Almond Cookies & Chocolate Chips Cookies)


   Chocolate Chips Cookies
  (50 pcs, harga RM 23.00)

    Coconut   Almond  Cookies
    (50 pcs, harga RM 23.00)


 Lambat sikit upload kuih Raya, seperti tahun-tahun yang lepas dua jenis cookies ini menjadi hot sale product untuk cookies Raya, Yati tak buat banyak jenis tumpu dua jenis ni saja, Alhamdullillah pelanggan-pelanggan yang pernah beli insyaallah akan tanya setiap tahun. Tapi tahun ni Yati ada jual dua produk yang diambil dari sepupu Yati produk itu almond London dan Tart nenas seperti di bawah :

 
Tart nenas (50pcs RM24.00)

Tart nenas (50pcs RM24.00)

Anda juga berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...