----------------Pages---------------

Oct 16, 2012

Red velvet 10" x 10"

Red Alert..................Red Valvet a.k.a RV size: 10"x10"

.

kek birthday

happy birthday Fakhrul Razi semoga riang riang selalu.........

New Order preorder

Kepada peminat kain sulam Bandung boleh buat tempahan jenis, color dan design seperti gambar yang di uploadkan kami akan mengambil order pada bulan NOV 2012 ini




.

Oct 15, 2012

Oct 7, 2012

cream puff



Crispy Japanese Cream puff dibuka untuk tempahan

Oct 4, 2012

Bandung Fever

Kain-kain bunga sulam timbul dari Bandung..ni gambar my Hunny snap waktu kat sana..my Hubby pi sorang je ada conference presentation kat ITB Bandung...kalau sapa-sapa yang berminat boleh contact Yati insyaallah dalam bulan okt atau Nov ni Hubby nak pi lagi ambil order baju kat sana harga pasaran melihat jenis kain dan jenis tetapi range dari RM150 ke RM180.....itu harga pasaran boleh check kat google. Kalau ada yang berminat sila hubungi Yati/Reza sms 0194739367 atau email ridza@utem.edu.my

plan kami nak cari agen jualan plan jualan seperti berikut:


Package Bil. Helai Deposit Keuntungan anda
Student sahaja 2 120 80
Terbuka 5 300 200
Terbuka 10 600 400
Terbuka 15 900 600
Terbuka 20 1200 800



Fruit Tart

Tart Buah.

Next project cream puff

Ni DIY dan telah di CSI sendiri cream puff. Minggu ni insyaallah Yati-Bakery nak bertapa kat Seremban belajar cream puff. :epas belajo nanti Yati-Bakery nak open for order..so bersedialah untuk membuat tempahan awal...yang ni Yati-Bakery menggunakan resepi kak Yani Thanx Kak Yani



http://sue-hasue.blogspot.com/2011/07/resepi-cream-puff-n-custard-cream.html

Cream Puff
Resepi:Yani@myresipi.com
By:HaSue

Bahan-bahan ( 10 biji )-kalau buat comel2 dapat banyak gak..
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara

Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
3.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
5.Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
6.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm

* Boleh juga guna cara ni: Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

Custard Cream
Resepi:honey@myresipi.com
By:HaSue

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara-cara

Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

kek untuk perkahwinan

Satu lagi kek yang ditempah untuk maglis perkahwinan.

kek untuk majlis perkahwinan

Kek Kahwin tema kuning, terima kasih kepada pelanggan yang mengorder (tempah) kek ni.

Anda juga berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...