----Barang-barangnya----
- Gula-90grm
- Telur ayam gred A/B 2 biji
- Tepung gandum 3 sudu besar
- Jus Lemon 2 sudu besar
- Cream cheese 250grm
- Fresh cream/plain yogurt 200ml
----Cara nak buatnya:-----
Mula-mula kena panaskan oven sehingga suhu 170 degree. Loyang disapukan dengan butter atau boleh juga lapik dengan oven paper. Masukan bahan-bahan di atas kedalam mangkuk dan mix sampai jadi krim, pastikan texture dia halus-mulus. Kemudian masukan bahan yang telah di mix tadi kedalam Loyang untuk proses bakar lebih kurang 40-45 minit, setelah 30 minit atau hamper masak balutkan bahagian atas (tutup) dengan aluminium foil ini bertujuan untuk mengelakan permukaan hangus. Bila dah cukup masa sejukkan pada suhu bilik kemudian simpan dalam peti ais semalaman untuk rasa cheese cake yang lebih ‘moist’. Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment