Malam ni tidur lambat sikit sambil-sambil tunggu kek dalam oven untuk order esok, yati adala tengok-tengok blog-blog politik. Mutakhir ini keadaan politik kita di malaysia sangatlah genting. Masing-masing menyalahkan pihak lain keadaan ini jika berterusan akan menjadi seperti gambar di atas. Fatah dan Hamas dua-dua parti adalah islam tetapi kerana berlainan fahaman ideologi masing-masing bergaduh di antara satu sama lain. Risau memikirkan keadaan yang sama mungkin terjadi di Malaysia dimana PAS dan UMNO bergaduh dua entiti melayu dan beragama islam dek kerana ideologi fahaman politik bercakaran di antara satu sama lain.
Sebuah hadis nabi berkenaan persaudaraan:
Rasulullah saw bersabda :
"Apabila umatku membesar-besarkan dunia maka akan dicabut daripada mereka kehebatan Islam dan apabila mereka meninggalkan amr-bil-ma'aruf dan nahi-'anil-mungkar , mereka akan kehilangan keberkatan wahyu dan apabila mereka caci mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur dari pandangan Allah"

Cuba lihat dalam hadis tersebut "...apabila
mereka caci mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur dari
pandangan Allah". Sebab tu kita tengok mutakhir ini orang islam dipermainkan dihina dan dipandang sepi oleh bangsa lain. Tuisan ini bukanlah rasist tetapi ingin mengajak saudara-saudaraku marilah kita bersatu dan kembalilah kita mengamalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Wallahualam....
1 comment:
Betul setuju. Mana yang tak betul diperbaiki. Apa pun biarlah berpolitik cara yang bersih dan tidak menghalalkan yang haram ;)
Peace no war
Post a Comment