----------------Pages---------------

Aug 30, 2012

Lama gak Yati tak update blog ni sejak puasa yang bermula pada 21 Julai 2012 yang lepas. Kejapje ek masa berlalu hari ni dah raya ke 13 dan hari ni juga genap negara kita 55 tahun merdeka. Bagi mereka yang melalui Ramadhan dengan amalan yang baik dan bersekempatan bertemu malam lailatul Qadar maka bersyukur pada Allah ke atas nikmat tersebut. Malam lailatul Qadar malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, rata-rata umat Muhammad berumur lebih kurang 63 tahun hingga 75 tahun maka mereka yang mendapat lailatulkadar ini mendapat ganjaran selama (1000/12bulan = 83 tahun 3 bulan), masyaallah beruntung orang tersebut, kalau dapat 3 kali lailatulqadar sepanjang hidup dia pulak cam mana...marilah kita berdoa semuga bertemu lagi kita dengan ramadhan tahun depan insyaallah. Sepanjang Ramadhan yang lepas cuba kita renung dan muhasabah berapa kali ki hkatam Alquran yang mana tuntutan AlQuran adalah 2 kali setahun dan Ramadhan selama 30 hari sepatutnya kita kejar untuk menhabiskan 30 juzuk untuk 30 hari Ramadhan iaitu 1 hari 30 juzuk, satu juzuk lebih kurang 10 helai satu hari 5 waktu solat kita habiskan 2 muka surat yang mengambil masa satu muka surat lebih kurang 2-4 minit so kesimpulanya satu waktu solat kita ambil masa 6 minit untuk 2 helai lembaran Alquran so 5 waktu solat 5 waktu solat x 6 minit = 30 minit untuk 1 juzuk 30 minit / 24 jam x 100%= 2.0833% masa satu hari untuk kita membaca Al Quran Al Karim Kalamullah yang akan menjadi peguam kita di dalam kubur untuk menjawab soalan mungkar nangkir. Renung renungkan dan fikir fikirkan dan sampaikan dan amalkan.

No comments:

Anda juga berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...