----------------Pages---------------

Dec 13, 2012

Durian Crepe

Durian D24 yang di leraikan dari kulitnya, gemok2 isinya yang ni durian D24 Pahang yang di jual di gerai MARDI bersebelahan parking MYDIN Melaka. D24 ni di jual pada harga RM6 sekilo. Macam mana nak memilih durian yang baik, di sini Yati-Bakery akan jelaskan"
Step pertama
Cium baunya- (mesti bau durian...... takkan nak bau ketiak kot)
Step kedua
periksa buah tersebut pastikan tidak ada lubang atau tanda2 seperti lebam.
Step Ketiga
Goncang buah tersebut- pastikan terasa seperti gegaran di dalam, kalau takda kemungkinan buah masih muda.
Step keempat
keluarkan duit dan bayar la...tunggu apa lagi
Sekian petuanya.

Ini caranya isi durian diasingkan dari bijinya untuk proses Durian Crepe. Asingkan isi durian dari biji2nya dan masukan di dalam bekas (container) untuk disimpan di dalam freezer seperti gambar di bawah ini,











Dec 1, 2012

Durian Crepe....5 pcs RM10.00 saja

Mari mari jualan Mega Durian crepe dibuka untuk jualan..murah..murahhh dan insyaallah sedap. He3... yang ni  Yati-Bakery guna durian musang king memang terangkat habis. kal untuk tempahan 062329646 atau sms 0172571758 / 0194739367. pickup point Taman Merak Mas, Bukit Katil Melaka, land mark" Hospital pantai / King Hotel.

Nov 26, 2012

Thank You Mar...

Lovely son of Mar...happy birthday dear....

Nov 12, 2012

Enggagement Cupcakes


Cupcakes pertunagan di tempah oleh Nur untuk adiknya. Tq Nur....

wedding Cake



Top side

Bottom side

Kek kawin nie di tempah oleh wedding planner kat KL,

Nov 9, 2012

Princess Birthday cake



Choc Chiffon Layer with fresh cream and blueberry filling. Thanx Shida

Japanese Cream Puff





TQ Lin for this order  :)


Nov 8, 2012

Snow cheese cake



Layer with cream cheese , melt in your mouth...


Oct 16, 2012

Red velvet 10" x 10"

Red Alert..................Red Valvet a.k.a RV size: 10"x10"

.

kek birthday

happy birthday Fakhrul Razi semoga riang riang selalu.........

New Order preorder

Kepada peminat kain sulam Bandung boleh buat tempahan jenis, color dan design seperti gambar yang di uploadkan kami akan mengambil order pada bulan NOV 2012 ini




.

Oct 15, 2012

Oct 7, 2012

cream puff



Crispy Japanese Cream puff dibuka untuk tempahan

Oct 4, 2012

Bandung Fever

Kain-kain bunga sulam timbul dari Bandung..ni gambar my Hunny snap waktu kat sana..my Hubby pi sorang je ada conference presentation kat ITB Bandung...kalau sapa-sapa yang berminat boleh contact Yati insyaallah dalam bulan okt atau Nov ni Hubby nak pi lagi ambil order baju kat sana harga pasaran melihat jenis kain dan jenis tetapi range dari RM150 ke RM180.....itu harga pasaran boleh check kat google. Kalau ada yang berminat sila hubungi Yati/Reza sms 0194739367 atau email ridza@utem.edu.my

plan kami nak cari agen jualan plan jualan seperti berikut:


Package Bil. Helai Deposit Keuntungan anda
Student sahaja 2 120 80
Terbuka 5 300 200
Terbuka 10 600 400
Terbuka 15 900 600
Terbuka 20 1200 800



Fruit Tart

Tart Buah.

Next project cream puff

Ni DIY dan telah di CSI sendiri cream puff. Minggu ni insyaallah Yati-Bakery nak bertapa kat Seremban belajar cream puff. :epas belajo nanti Yati-Bakery nak open for order..so bersedialah untuk membuat tempahan awal...yang ni Yati-Bakery menggunakan resepi kak Yani Thanx Kak Yani



http://sue-hasue.blogspot.com/2011/07/resepi-cream-puff-n-custard-cream.html

Cream Puff
Resepi:Yani@myresipi.com
By:HaSue

Bahan-bahan ( 10 biji )-kalau buat comel2 dapat banyak gak..
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara

Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
3.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
5.Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
6.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm

* Boleh juga guna cara ni: Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

Custard Cream
Resepi:honey@myresipi.com
By:HaSue

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara-cara

Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

kek untuk perkahwinan

Satu lagi kek yang ditempah untuk maglis perkahwinan.

kek untuk majlis perkahwinan

Kek Kahwin tema kuning, terima kasih kepada pelanggan yang mengorder (tempah) kek ni.

Aug 30, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada pelanggan-pelanggan budiman, terima kasih di atas sokongan anda, kami amat menghargai anda, tanpa anda siapalah kami.

Lama gak Yati tak update blog ni sejak puasa yang bermula pada 21 Julai 2012 yang lepas. Kejapje ek masa berlalu hari ni dah raya ke 13 dan hari ni juga genap negara kita 55 tahun merdeka. Bagi mereka yang melalui Ramadhan dengan amalan yang baik dan bersekempatan bertemu malam lailatul Qadar maka bersyukur pada Allah ke atas nikmat tersebut. Malam lailatul Qadar malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, rata-rata umat Muhammad berumur lebih kurang 63 tahun hingga 75 tahun maka mereka yang mendapat lailatulkadar ini mendapat ganjaran selama (1000/12bulan = 83 tahun 3 bulan), masyaallah beruntung orang tersebut, kalau dapat 3 kali lailatulqadar sepanjang hidup dia pulak cam mana...marilah kita berdoa semuga bertemu lagi kita dengan ramadhan tahun depan insyaallah. Sepanjang Ramadhan yang lepas cuba kita renung dan muhasabah berapa kali ki hkatam Alquran yang mana tuntutan AlQuran adalah 2 kali setahun dan Ramadhan selama 30 hari sepatutnya kita kejar untuk menhabiskan 30 juzuk untuk 30 hari Ramadhan iaitu 1 hari 30 juzuk, satu juzuk lebih kurang 10 helai satu hari 5 waktu solat kita habiskan 2 muka surat yang mengambil masa satu muka surat lebih kurang 2-4 minit so kesimpulanya satu waktu solat kita ambil masa 6 minit untuk 2 helai lembaran Alquran so 5 waktu solat 5 waktu solat x 6 minit = 30 minit untuk 1 juzuk 30 minit / 24 jam x 100%= 2.0833% masa satu hari untuk kita membaca Al Quran Al Karim Kalamullah yang akan menjadi peguam kita di dalam kubur untuk menjawab soalan mungkar nangkir. Renung renungkan dan fikir fikirkan dan sampaikan dan amalkan.
Chocolate Moist - decor dengan fresh cream (pink) dengan strawberry fresh. Thank you Mardiah for ordering kek ni dan selamat menyambut hari jadi yang ke dot..dot..dot.. hee rahsiaaaa.  Kek ni biasanya topping dengan chocolate garnish tapi base on customer request boleh decor mengikut citarasa dan khendak pelanggan yang budiman.

Aug 1, 2012

Chocolate Moist Cake

 Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )

  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • Utk choc ganache:
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara

  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
  8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas. 
 Terima kasih My Resepi: http://www.myresipi.com/top/detail/3924

Brownies Mania

Cheezy!

Brownies mania attack, brownies cheese - chocolate brownies base topping with cheese. Bagi pelanggan luar Melaka Yati boleh courrier dengan Pos Laju (check destination rate at http://www.poslaju.com.my/). Bagi pelanggan dalam kawasan Melaka anda boleh self pickup atau saya boleh tolong hantar (Kawasan Bukit katil dan Ayer Keroh free delivery, kawasan lain bergantung kepada jarak).

Raya cookies (Coconut Almond Cookies & Chocolate Chips Cookies)


   Chocolate Chips Cookies
  (50 pcs, harga RM 23.00)

    Coconut   Almond  Cookies
    (50 pcs, harga RM 23.00)


 Lambat sikit upload kuih Raya, seperti tahun-tahun yang lepas dua jenis cookies ini menjadi hot sale product untuk cookies Raya, Yati tak buat banyak jenis tumpu dua jenis ni saja, Alhamdullillah pelanggan-pelanggan yang pernah beli insyaallah akan tanya setiap tahun. Tapi tahun ni Yati ada jual dua produk yang diambil dari sepupu Yati produk itu almond London dan Tart nenas seperti di bawah :

 
Tart nenas (50pcs RM24.00)

Tart nenas (50pcs RM24.00)

Jul 13, 2012

Kek kahwin yang ditempah oleh kawan yati namanya Marwati (nama panggilan B) 

Anda juga berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...