----------------Pages---------------

May 10, 2012

OO..ibu...

kek yang di tempah oleh customer untuk ibunya,..my hubby bila tengok tulisan "Happy Birthday IBU", dia kata dia sedih.."Sedih abang..pasai umi dah takda". Tak leh nak celebrate hari ibu...hu..hu..hu. Cerita hubby dulu-dulu umi dia garang, tapi bagusnya dia garang dari segi agama contohnya suruh anak-anak bangun sembahyang. Hubby cerita kalau pagi-pagi solat subuh umi dia akan lalu depan bilik pastu umi akan panggil "longgggg... bangun subuh". Biasala budak laki time-time remaja memang liat bangun tidor, soo tarik la selimut lagi masuk dalam lubang selimut kena pulak kalau musim hujan, hujan renyai-renyai lak tu emmm penuh setan gayut kat kelopak mata rasa macam 5kg sebelah mata...."Longg bangun", kali kedua umi panggil suara umi time ni kuat sikit. Mata terbuka sikit tengok bayang umi lalu depan pintu, tapi oleh kerana kesejukkan pagi di campur dengan sautan kodok memanggil hujan mata hubby kembali layu. Tiba...tiba..tiba...agak-agak apa ek...Tapi hubby sayang umi dia dimasa akhir hayat umi, hubby banyak khidmat pada umi dia selalu nasihat yati untuk sama-sama khidmat pada umi. Umi menderita kanser usus sewaktu hayat umi, umi sangat baik melayan yati, sembang dan memberikan tazkirah agama, menceritakan fadhail amal untuk amalan-amalan harian. Rindu kat UMI...semoga Allah menempatkan UMI di kalangan orang-orang yang soleh dan ditempat yang tinggi bersama para solehin. AMIN

No comments:

Anda juga berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...